Semakan Pelan Struktur Kuala Lumpur

Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984 akan disemak berasaskan keperluan undang-undang (Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982). Ianya juga perlu disemak kerana terdapat beberapa perubahan besar dalam arah aliran pertambahan penduduk, ekonomi dan dasar-dasar negara sejak pelan ini diwartakan pada tahun 1984.

 

Matlamat

Untuk mengkaji dasar-dasar dan cadangan-cadangan Pelan Struktur Kuala Lumpur sedia ada bagi menggubal suatu perancangan yang lebih pragmatik dengan mengambilkira tekanan dan perubahan terkini dalam menggalakkan dan memudahkan panduan dan kawalan pembangunan Kuala Lumpur pada masa hadapan.

 

Sektor Kajian Strategik

Semakan PSKL ini akan melibatkan lapan sektor kajian strategik iaitu:

  1. Asas Sosio Ekonomi dan Wilayah

  2. Perumahan dan Setinggan

  3. Kemudahan Masyarakat

  4. Pengangkutan dan Keperluan Awam

  5. Guna Tanah

  6. Rekabentuk Bandar dan Lanskap

  7. Perancangan Kawasan Khusus

  8. Perundangan, Kewangan dan Implementasi

 

  Homepage DBKL || Homepage JPI || Fungsi JPI || Objektif JPI || Piagam JPI || Organisasi JPI E-mail ke Jabatan Pelan Induk