Pelan Struktur Kuala Lumpur, 1984

Pelan Struktur Kuala Lumpur ialah Kenyataan Bertulis yang mengandungi matlamat dan objektif am, dasar dan cadangan yang bersangkutan dengan pembangunan, guna tanah, kemajuan sosial, ekonomi, fizikal dan pengurusan lalulintas di Kuala Lumpur. Kenyataan Bertulis ini disertakan dengan gambar rajah, keterangan dan bahan-bahan huraian bagi memperjelaskan dasar dan cadangan yang dikemukakan. Pelan ini diwartakan pada Ogos 1984 dan mempunyai jangkamasa pelaksanaan selama 20 tahun sehingga tahun 2000.

  1. Matlamat PSKL
  2. Isu-Isu Utama
  3. Konsep-konsep Utama
  4. Strategi

Matlamat PSKL

  1. Menggalak dan mengatur pembangunan bagi memudahkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru
  2. Memelihara dan meningkatkan peranan Kuala Lumpur sebagai pusat Kerajaan Persekutuan
  3. Memudahkan penubuhan Kuala Lumpur sebagai pusat bagi menggalakkan perkembangan agama serta kebudayaan negara dan juga untuk mencerminkan imej Malaysia yang diingini
  4. Memelihara dan meningkat peranan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan dan kewangan negara dan menggalakkan pembangunan ke arah penubuhan Kuala Lumpur sebagai pusat kegiatan-kegiatan serantau dan antarabangsa
  5. Memelihara dan meninggikan ekonomi dan memastikan bahawa penduduk yang aktif dari segi ekonomi bagi semua kumpulan masyarakat diberi peluang pekerjaan yang mendatangkan hasil
  6. Memudah dan menggalakkan peruntukan perumahan yang cukup dengan tarf yang dapat diterima bagi semua peringkat pendapatan
  7. Menyediakan kemudhan awam yang mencukupi bagi kesejahteraan sosial dan fisiologi penduduk bandar raya dengan mengambilkira perlunya menyatupadukan berbagai golongan masyarakat
  8. Mencapai suatu struktur dan susunan fizikal yang terbaik bagi Kuala Lumpuryang disokong dengan sistem pengangkutan yang efisien
  9. Menjamin taraf alam sekitar sebaik mungkin dengan meperbaiki dan memelihara keseimbangan yang bijaksana di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara
  10. Memastikan bahawa pembangunan masa hadapan, pembangunan semula dan pertumbuhan bandar adalah sesuai dengan perubahan keadaan dalam jangka panjang

Isu-Isu Utama

Kajian pelan struktur telah mengenalpasti enam isu utama pembangunan bandaraya Kuala Lumpur iaitu:

  1. Pertambahan penduduk yang pesat
  2. Kekurangan perumahan
  3. Kelemahan sistem pengangkutan awam dan persendirian
  4. Pembangunan secara terpisah
  5. Kekurangan kemudahan-kemudahan untuk masa lapang dan lipur diri
  6. Kemerosotan kualiti alam sekitar

Konsep Pelan Struktur

Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984 dibentuk berasaskan 6 konsep utama seperti di bawah:

  1. Hierarki pusat bandar
  2. Pelbagai kepadatan perumahan
  3. Penyusunan semula industri
  4. Kawasan lapang berhierarki dan berbagai jenis
  5. Sistem pengangkutan yang berkesan
  6. Jaringan dan sistem pergerakan jalan kaki yang lengkap

Strategi Pelan Struktur

Pembangunan Kuala Lumpur yang seimbang menerusi pembangunan yang sederhana di Kawasan Perancangan Pusat dan pembangunan yang lebih pesat di kawasan-kawasan luar

Strategi ini mengambil kira hakikat arah aliran pembangunan semasa serta matlamat untuk menyusun semula dan menyelerakkan pembangunan Kuala Lumpur. Ianya memberikan pendekatan yang paling pragmatik ke arah perkembangan pusat-pusat yang berhierarki dan pelaksanaan konsep-konsep utama pelan ini.

 

Strategi ini menjangkakan Kuala Lumpur akan mempunyai 2.2 juta penduduk dengan 1.03 juta guna tenaga pada tahun 2000. Agihan penduduk dan guna tenaga mengikut unit perancangan adalah seperti jadual di bawah:

Unit Perancangan

PendudukGuna Tenaga
1.Kawasan Perancangan Pusat

360,000

370,000

2. Jinjang

185,00

33,000

3. Sentul

14,000

49,000

4. Setapak

160,000

27,000

5. Wangsa Maju

120,000

72,000

6. Datuk Keramat

50,000

17,000

7. Maluri

100,000

25,000

8. Bukit Anggerik

100,000

24,000

9. Bandar Tun Razak

140,000

72,000

10. Seputeh

150,000

36,000

11. Bukit Indah

180,000

42,000

12. Bukit Jalil

120,000

72,000

13. Damansara

130,000

90,000

14. Pencala

120,000

44,000

15. Edinburgh

70,000

19,000

5a. KEMENTAH

14,000

10,000

6a. Kelab Golf Di Raja Selangor

1,000

700

7a. Chan Sow Lin

10,000

15,000

9a. Kem Sungai Besi

45,000

9,700

13a. Universiti Malaya

5,000

5,000

JUMLAH

2,200,00

1,032,400

   Homepage DBKL || Homepage JPI || Fungsi JPI || Objektif JPI || Piagam JPI || Organisasi JPI