Bahagian Pengurusan Maklumat

Bahagian ini bertanggungjawab dalam mengumpulkan maklumat fizikal dan sosioekonomi bagi kegunaan penyediaan Semakan PSKL dan Pelan Tempatan. Tanggungjawab ini melibatkan tugas mengumpulkan maklumat di lapangan dan di pejabat, memasukkan data ke dalam komputer dan menyediakan senarai, laporan dan analisis. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan sistem komputer Jabatan Pelan Induk di samping memberikan latihan penggunaan komputer dari masa ke masa.

Bahagian ini telah dibahagikan kepada tiga unit :

· Unit Kajian Luar
· Unit Pengurusan Maklumat Non- Spatial
· Unit Pengurusan Maklumat Spatial

  Homepage DBKL || Homepage JPI || Fungsi JPI || Objektif JPI || Piagam JPI || Organisasi JPI E-mail ke Jabatan Pelan Induk